Sejak YG Entertaiment mengumumkan yg BIGBANG akan membuat Tour Concert iaitu 2012 BIGSHOW-BIGBANG ALIVE TOUR di mana mereka akan mangadakan konsert di beberapa buah negara seperti di Japan, Singapore, Thailand, Taiwan, Indonesia, Filipine, Malaysia, Hong Kong, Amerika Utara, Amerika Selatan & Benua Eropah...
Berita ini telah mengembirakan VIP di seluruh dunia bagi berjumpa dengan idol mereka secara dekat dan juga menonton persembahan mereka yang HEBAT!!!
BIGBANG terdiri daripada Kwon Jiyong (G-Dragon), Dong Youngbae (Taeyang), Choi Seunghyun (TOP), Kang Daesung (Daesung) & Lee Seunghyun (Seungri) - telah comeback dengan album terbaru mereka pada awal tahun 2012 ini iaitu "Alive" & "Still Alive".
Album mini ini BIGBANG "Alive" mencatatkan jumlah jualan ratusan ribu salinan di seluruh dunia dalam tempoh hanya 2 bulan; & mencatat no. 5 pada AS iTunes Album Top & no. 3 di iTunes Kanada, - menewaskan rekod album Korea yg lain. MV "Blue" mendapat tontonan melebihi 2 juta penonton di dalam YouTube dalam masa 24 jam, & meletakkan no. 1 dari lebih 7 carta digit Korea, ia juga mendahului sebagai nada dering yang paling laris untuk dimuat turun.
Pada 6 Jun, 2012 - BIGBANG telah mengeluarkan album edisi khas "Still Alive". Kejayaan BIGBANG nampaknya berterusan dengan album baru ini sebagai rakaman YouTube "Still Alive" mencatatkan 4 juta penonton dalam masa 2 hari.
BIGBANG adalah band pertama di Asia yg menerima Anugerah "Best Worldwide Act" pada 2011 Europe Music Awards dengan mendapat undian lebih 58 juta undi, & kini memegang rekod bagi kebanyakkan anugerah persembahan muzik yang menang dengan 56 anugerah kumpulan untuk BIGBANG & sejumlah 93 anugerah individu di kalangan ahli BIGBANG.
Dalam bulan Mac tahun ini, BIGBANG telah dicalonkan di dalam kategeri "Best Fan" di MTV Italy TRL Awards 2012. Kemenangan ini tidak dijangka sesama sekali oleh mereka kerana calon lain dalam kategori ini sangat hebat antaranya Alessandra Amoroso, Avril Lavigne, Emma & One Direction.
Taeyang mengucapkan terima kasih pada VIP di dalam twitter-nya antaranya "VIP=BEST FAN That's what i'm talking about :b" & "We have best fans in the world..! Love ya'll"
Mereka juga telah merakam video untuk VIP bagi mengucapkan terima kasih atas sokongan yg diberikan kepada mereka selama ini walaupun banyak perkara telah berlaku pada tahun lepas.
BIGBANG Alive Tour 2012 bersedia untuk menjadi tontonan yang luar biasa daripada segi saiz pengeluaran dan hala tuju kreatif, dengan nilai pengeluaran lebih dari RM 3 juta, dan pengaruh yang kuat dari antarabangsa iaitu pengarah kreatif Laurieann Gibson yang telah bekerja dengan senarai cemerlang artis termasuk Lady Gaga, Beyonce, Janet Jackson dan Katy Perry. Satu pasukan pengeluaran terkemuka akan menyokong BIGBANG Tour Alive 2012; termasuk pentas dan lampu pereka Leroy Bennett (Madonna, Paul McCartney, Eagles) dan jurutera bunyi Ken Van Druten (Eminem, Jay-Z, Linkin Park).
BIGBANG Alive Tour 2012 dilancarkan MAC 2, 2012 di Seoul, melaksanakan tiga malam berturut-turut dengan jumlah lebih daripada 30,000 penonton. Sebagai pelancongan dunia pertama BIGBANG, dijadualkan untuk dibawa melawat seluruh Jepun, Singapura, Thailand, Indonesia, Taiwan, Filipina, Malaysia dan Hong Kong; mereka juga akan melancong ke Amerika dan Eropah.
Persembahan yg sangat dijangka akan menjadi konsert pertamanya BIGBANG di Malaysia, BIGBANG telah menjadi salah satu permintaan yang paling diminta di Malaysia merentasi banyak forum dalam internet dan laman Facebook.
Ini kali pertama BIGBANG datang ke Malaysia secara berlima kerana sebelum ini G-Dragon, TOP & Seungri pernah datang ke Malaysia sempena KOREAN MUSIC WAVE 2011 IN MALAYSIA pada 24/09/2011 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
BIGBANG Tour Alive 2012 set untuk konsert satu malam sahaja di Malaysia, Kuala Lumpur. VIP akan dikemas kini dengan butir-butir tiket dalam tempoh dua minggu akan datang oleh pihak penganjur konsert Running Into The Sun. Kemas kini yang teratur akan dipaparkan di facebook mereka dan RITSmy @ di Twitter.
Semasa pengumuman secara rasmi jualan tiket konsert BIGBANG Tour Alive 2012 di Indonesia & Singapore, VIP telah membeli tiket konsert BIGBANG dengan pantas & menjadikan tiket konsert ini habis dalam masa 10 minit saja apabila di buka oleh pihak pengajur.
Pada 25 Jun, YG Entertaiment telah mengumumkan yang BIGBANG akan membuat konsert 2 hari di Singapore menandangkan permintaan yang banyak oleh VIP Singapore kerana kehabisan tiket konsert dalam masa 10 minit. Ini menjadikan BIGBANG akan membuat kosert di Singapore pada 28 & 29 September 2012 ini.
Semenangnya VIP telah menantikan persembahan mereka di tempat mereka...
Apa yang saya harapkan yang saya boleh mendapat tiket konsert mereka di Malaysia menandangkan tiket ini sangat laris di Indonesia & Singapore sebaik saja di buka oleh pihak pengajur di sana. Walaupun tarikh konsert di Malaysia adalah Hari Raya Haji ke-2 tetapi itu tidak mematahkan semangat VIP Malaysia untuk menonton persembahan HEBAT mereka... (^_^)