[Travel] Sweet Memory With My Best Friend..^^
Nie kali pertama saya flight juah ke luar negara bersama kawan saya tambahan ini percutian bersama kawan baik saya iaitu Farah. Nie percutian yg tidak diduga pun kerana saya adalah org yg terakhir daftarkan nama dlm package percutian ke Shenzen, China & Hong Kong selama 5 hari 3 malam.
Flight dari KLIA ke Hong Kong Airport, ambil masa selama 4 jam perjalanan. Rasa agak lama juga dlm kapal terbang itu tp tetap de rasa happy krn melancong ke luar negara... Sampai saja di Hong Kong Airport, terus menaik bas ke Shenzen, China di mana hanya dalam 45 minit dari Hong Kong Airport ke Shenzen, China... Tapi masa tak sesak ler...^^
Semasa di China, semenangnya byk tempat menjual brg muruh tp kebanyakkan brg yg dijual ada di Malaysia. Cuma di sana kita boleh tawar menawar dgn harga yg murah, kita boleh dpt discount hampir 90% dari harga yg mereka beri pada kita pada mulanya.
Di China dan juga Hong Kong mempunyai ramai penyelup saku jadi sentiasa berjaga-jaga semasa berada di sana. Barang yg peting adalah passport kerana passport Malaysia sgt laku di sana.
Makanan muslim juga agak senang di China kerana terdapat banyak restoran muslim di China jadi semua muslim tidak perlu risau tentang makanan semasa di sana...^^
Hari Ke-3, percutian di Hong Kong pula. Semasa sampai di Hong Kong, mereka terus bawa membeli-belah kerana esoknya kami akan berada di Hong Kong Disneyland dari pagi hingga malam...^^
Di Hong Kong pula barang yg agak muruh utk beli adalah minyak wangi... Harganya hanya murah dlm
RM 30 - RM 80 je dr Malaysia tp nie minyak wangi ori.. ok...^^
Esoknya, kami di bawa ke Hong Kong Disneyland...
Hampir 1 hari berada di Hong Kong Disneyland memang menyeronokkan walaupun kepenatan berjalan di dalam kawasan Disneyland & juga bermain. Tapi di dalam Disneyland, makanan & minuman sgt mahal berbanding beli di luar. Sebenarnya, makanan & minuman tidak boleh bawa masuk ke dalam Disneyland tp masih boleh dibenarkan bawa jika jumlahnya sedikit saja...^^
Acara bunga api ini adalah tepat pada jam 8 mlm iaitu acara kemuncakkan Disneyland sebelum ia tutup. Ia ambil masa hampir 20 minit utk acara bunga api ini.
Sebaik saja tamat acara bunga api, ramai pengunjung berpusu balik, & malam itu juga kami terus ke Hong kong Airport utk pulang ke Malaysia. Tapi sebaik saja kami sampai di Hong Kong Airport, flight kami cancel. Kami dapat stay 1 malam di Hong Kong sebelum kami pulang esok pagi...
Ini adalah pengalaman saya semasa bercuti di Shenzen, China & Hong Kong... Ia sungguh menyeronkkan tambahan pula bercuti bersama kawan baik saya...^^
Harap tahun depan, kami akan ke luar negara lagu bersama...^^
0 comments