[Travel] Lovely Autumn Season in South Korea~
Cantikkan gambar musim luruh ini??!!
Bagaikan dlm drama korea Autumn In My Haert~ (^_^)
Beberapa bulan lepas, saya beri cadangan pada beberapa kawan-kawan saya - di mana saya merancang untuk melancong ke Seoul, Korea & Pulau Jejau pada tahun depan - 2013.
Tarikh melancong ke sana belum ditentukan lagi. Cuma yang pasti, saya akan ke sana pada musim luruh tahun depan. Saya ada tanya pada kawan saya di Korea tentang musim yang sesuai untuk melacong ke sana - mereka beritahu saya, lebih baik melacong dalam musim bunga atau luruh kerana suhu dalam musim bunga dan luruh antara 10'C - 20'C saja. Berbanding musim sejuk dan panas di sana.
Jika melancong dalam musim sejuk, suhunya ada menjangkau -ve manakala musim panas lebih kurang sama dengan Malaysia. Jadi saya buat keputusan untuk melancong dalam musim luruh.
Ada yang tanya saya, kenapa tidak melancong dalam musim bunga kerana musim itu sangat cantik dengan bunga yang sedang mekar. Ya, memang cantik tetapi melancong dalam musim bunga sangat mahal malah barang di sana juga agak mahal jika musim bunga juga.
Mungkin saya bersama kawan saya akan ke sana antara bulan 9 - 11 tahun 2013. Saya tidak sabar apabila fikirkan tentang ini.. (^_^)
0 comments