[Project] Belajar Bahasa Korea Sambil Bergembira Dengan K-Pop
“Projek Belajar Bahasa Korea
Sambil Bergembira Dengan K-Pop” ini adalah untuk membantu peminat K-Pop yang
mahu belajar Bahasa Korea sebagai bahasa tambahan dalam kehidupan mereka selain mengetahui Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Memandangkan ada di
antara peminat K-Pop yang tahu sedikit sebanyak perkataan Bahasa Korea – yang belajar melalui rancangan Korea di TV atau YouTube. Malah ada juga di antara
mereka yang mahu belajar bahasa Korea dengan lebih serius tetapi mempunyai
banyak halangan yang tidak dapat dielakkan seperti tidak ada masa untuk belajar
di Kelas Bahasa, tidak mempunyai wang untuk belajar di Kelas Bahasa, tiada
bimbingan, susah untuk mencari buku belajar Bahasa Korea yang sesuai dan
lain-lain lagi.
Saya bercadang untuk membuat
projek ini bagi membantu sesiapa saja yang mahu belajar Bahasa Korea dan untuk
mengisi masa lapang. Projek ini tiada guru yang mengajar sebaliknya kita akan
belajar bersama-sama secara berkumpulan, di mana kita akan belajar melalui SNS
seperti Skype, YM dan lain-lain lagi. Kita juga akan membuat perjumpaan apabila
mempunyai masa lapang dan kita akan berjumpa di sekitar KL atau Selangor untuk
mereka yang tinggal di sekitar KL dan Selangor. Pada mereka yang tinggal di
luar kawasan KL dan Selangor, tidak perlu risau kerana kita masih boleh
berjumpa melalui webcam atau telefon melalui Skype. Jika saya melancong ke
tempat luar Selangor, saya akan berjumpa dengan semua rakan yang masuk projek ini.
Projek ini bukan untuk keuntungan
sebalik untuk berkongsi ilmu dengan semua orang dan juga dalam masa yang sama
kita boleh berkongsi minat dan cerita yang sama iaitu mengenai K-Pop.
Projek ini dibuka kepada sesiapa
saja yang berminat untuk belajar Bahasa Korea dan bersungguh-sungguh untuk
belajar Bahasa Korea. Mereka yang memohon perlu meluangkan masa
sekurang-kurangnya 2 jam semasa “study group” melalui SNS seperti Skype, YM,
dan lain-lain lagi. Kita akan membuat “study group” sebanyak 2 kali seminggu
dan mengikut keselesaan semua orang yang mendaftar masuk. Saya akan semak semua
senarai yang telah mendaftar masuk dalam projek ini untuk buat kumpulan kecil
dan saya akan tetapkan beberapa kumpulan dalam projek ini. Setiap kumpulan akan
diketui oleh saya sendiri. Bahan bacaan dan rujukkan untuk belajar Bahasa Korea
telah ada tetapi ia perlu dibincangkan semula kerana saya perlu buat salinan untuk
diedarkan kepada mereka yang memohon dalam projek ini.
Kepada sesiapa yang berminat
boleh e-mail maklumat peribadi anda pada saya :- lee.enany@gmail.com
- Nama sebenar
- Nama gelaran
- Umur
- Alamat
- E-mail
- No. tel
- Nama FB, Twitter, me2day, skype, YM
- Senaraikan artis K-Pop yang di minati
- Nyatakan sebab untuk sertai projek ini
P/S: This project is already close! Please wait another project. Thanks...
0 comments