[Event] Story About BIGBANG Alive Tour 2012 in Malaysia

by - Wednesday, November 28, 2012



Wah!! Akhirnya~
Saya ada masa untuk update cerita mengenai Big Bang Alive Galaxy Tour 2012 in Malaysia - di mana semua orang telah tahu Big Bang telah berjaya mempersembahkan persembahan yg sangat HEBAT kepada Malaysian VIP di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 27/10/2012 (Sabtu) yg lepas. Walaupun ianya sudah sebulan berlalu, kemeriahan konsert Big Bang ini masih segar dalam ingatan saya. Mari saya ceritakan keadaan konsert tu berlangsung. (^_^)


Pada awal pagi lagi, ramai VIP telah sampai di Stadium Merdeka terutama pada ahli fans Big Bang Malaysia yg banyak merancang fans projek untuk konsert Big Bang yg pertama di Malaysia ini. 
Saya sampai di Stadium Merdeka dalam jam 11 pagi & saya lihat ramai VIP telah berkumpul di perkarangan Stadium Merdeka. Malah jalan masuk ke Stadium Merdeka juga penuh sesak dengan kenderaan yg parking di bahu jalan & juga kenderaan yg mahu lintas di jalan itu. Tidak kurang juga dengan gerai kecil di sekeliling stadium yg menjual barangan Big Bang untuk fans. 
Saya juga dapat tahu bahawa ada VIP yg telah bermalam di luar Stadium Merdeka semata-mata untuk melihat secara dekat persembahan Big bang. Nasib baik malam sebelum konsert tidak hujan begitu lebat & saya harap mereka yg bermalam itu tidak jatuh sakit. (^_^)


Seperti di konsert Big Bang yg lain, Samsung akan buka outlet mereka untuk Big Bang Alive Galaxy Tour 2012 di mana Samsung adalah penaja rasmi untuk Big Bang konsert ini. Samsung outlet & official YG marchedise berada di pintu masuk utama Stadium Merdeka.


Saya tersempak dengan krew Big Bang tetapi mereka berada di tingkat atas Stadium Merdeka. Ada sesiapa dapat teka siapa mereka ini?? (^_^)


Secara jujurnya, saya banyak rakam video daripada ambil gambar. Tambahan pula internet di rumah saya sangat pelahan, saya mengambil masa hampir sebulan untuk selesai upload semua video saya.

Nie link video Big Bang Concert live in Malaysia:

http://www.youtube.com/watch?v=2JKGzmulcGw&feature=g-upl

Nie pula link gambar Big Bang Concert:

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.4582036543280.2165633.1062943004&type=3

Big Bang menyanyikan hampir 28 buah lagu di konsert mereka ini. Antaranya:

1. Alive
2. Tonight
3. Hands Up
4. Fantastic Baby - Fans Project
5. How Gee
6. Stupid Liar
7. Seungri, Taeyang & Daesung MC
8. GD & TOP Stage (GD & TOP Solo Stage)
9. High High (GD & TOP Solo Stage)
10. Strong Baby Remix (Seungri Solo Stage)
11. What Can I Do (Seungri Solo Stage)
12. Gara gara Go!
13. Number 1
14. Cafe
15. Bad Baby
16. Blue - Fans Project
17. Love Song
18. Monster
19. Feeling
20. Look at Me (Taeyang Solo Stage)
21. Weeding Dress (Taeyang Solo Stage)
22. Wings (Daesung Solo Stage)
23. Haru Haru
24. Big Bang MC + Happy Birthday TOP
25. Lie
26. Last Farewell
27. Heaven
28. Bad Boy
29. Fantastic Baby

Sebenarnya saya ingatkan G-Dragon akan menyanyikan lagu Crayon kerana saya asyik dengar lagu tu masa rehearsal konsert walaupun kami berdiri di luar stadium tetapi bunyi muzik masih dapat didengar dengan jelas dari luar studium. Sayangnya, G-Dragon hanya menyanyikan rangkap pendek lagu Crayon & One of Kind secara accapella semasa MC. 
Kami dibenarkan masuk ke dalam stadium dalam jam 6 petang tetapi semasa kami menunggu untuk masuk ke dalam stadium, hujan turun dengan lebat sekali & Big Bang juga terpaksa buat rehearsal dalam hujan. Selepas kami masuk ke dalam stadium, hujan turun dengan lebat sekali lagi iaitu dalam jam 7.20 malam. Semua VIP nampak sangat comel dengan berpakaian baju hujan masa itu. G-Dragon pun tidak kurang nampak comel dengan memakai baju hujan yang dia upload di twitternya.


Big Bang mulakan konsert mereka sebaik saja hujan berhenti dalam jam 8 malam. Walaupun lantai pentas telah dilap tapi lantai pentas masih dalam keadaan licin dan basah. Ada beberapa kali mereka hampir tergelincir semasa membuat persembahan terutama pada Taeyang & Seungri. Tetapi mereka masih mempersembahkan persembahan yg sangat HEBAT!! Mereka nampak sangat seronok masa buat persembahan, tambahan pula dengan fans projek dari VIP - semuanya menjadi lebih menarik & HEBAT!!
Jika tengok betul2 masa opening performance - Alive - G-Dragon tidak dapat keluar dari kapsul-nya kerana pintu kapsul tidak berfungsi sepenuhnya dengan baik. G-Dragon terpaksa buka pintu kaspul dengan tanganya tetapi G-Drogon tetap memberikan persembahan yang baik.
Semasa Big Bang menyanyikan lagu Fantastic Baby - semua VIP nyalakan lampu warna merah saja. Ini adalah salah satu fans projek untuk Big Bang konsert. Masa mereka kenalkan diri mereka pada VIP, ianya sangat unik & kelakar terutama Taeyang. (^_^)
Ini pertama kali, saya dengar secara live - Seungri, Taeyang & Daesung bercakap dalam bahasa inggeris. Daesung tidak banyak cakap berbanding dengan Seungri dan Taeyang. Seungri ajar kami cara tarian Fantastic Baby & ianya sungguh seronok. Lihat video mereka menjadi MC, ia sangat kelakar. Taeyang boleh buat rap untuk ayat nie "Aku Cinta Padamu."
Masa Big Bang nyanyikan lagu Blue, kami mula nyalakan lampu warna biru saja - nie juga salah satu dari fans projek. Ia nampak sangat cantik seperti laut biru manakala masa Fantastic Baby - nampak seperti laut merah. (^_^)
Kami menyanyi penuh lagu Haru Haru bersama Big Bang. Big Bang nampak sangat tersentuh masa itu. Selepas selesai Big Bang menyanyikan lagu Haru Haru, kami terus nyanyikan lagu Happy Birthday TOP. Mulanya mereka tidak sedar tetapi kami nyanyikan sekali lagi, baru mereka toleh semula ke arah kami & mereka dengar lagu yang kami nyanyikan dengan teliti. Taeyang terus ucapakan Happy Birthday TOP apabila pasti yang kami nyanyikan lagu Happy Birthday pada TOP. Kami sorak kegembiraan masa Taeyang ucapakan Happy Birthday pada TOP & kami nyanyikan sekali lagi lagu Happy Birthday TOP. Mereka nampak sangat tersentuh bukan saja TOP tapi yg lain juga terutama Seungri yg nampak seperti hampir menangis. TOP ucapkan "terima kasih" pada VIP.
Ini kali pertama projek international untuk sambut birthday TOP di Malaysia dilakukan dengan jayanya sebelum disambut secara rasmi di Big Bang Alive Galaxy Tour 2012 in New York.
G-Dragon beri ucapan "We have great time here, thank you Malaysia." Taeyang kata "You are Fantastic time, thank you for memo of time. You guys supporting us even though we have to say goodbye. But we promise you that we got here very soon. I love Malaysia." Kata2 Taeyang tu buat kami rasa sangat gembira kerana mereka berjanji akan datang Malaysia lagi dalam masa yg terdekat.
Kemudian G-Dragon kata lagi "This stop first time in Malaysia. We will never forget. Amazing you guys. Everyday we have number of show but you are the BEST ever. Honestly thank you." TOP kata " Thank you so much to be with you guys. Tonight songs for you. Thank you Malaysia. You are Amazing CROWN. I remember every single faces here. We will meet again. Thank you so much." Seungri kata "Thank you for coming V-times. Yeah! I love this place. You are the BEST CROWN EVER. You know that, you guys always be with us even though is raining. So thank you so much. I love you Malaysia. Thank you." Daesung kata "Ok, the first it's good to be with you guys. I love a lot. So happy to visit to all of you guys all round the world. We do it the BEST for you guys & also I will be happy with you guys. I love you."
Tapi sebelum mereka buat encore - Taeyang kata "I Love You Malaysia." Seungri kata "Malaysia Mahco." Kemudian Taeyang kata "You guys enjoys the show until the end."
Kemudian mereka terus nyanyi lagu Lie & Last Farewell. Kami turut nyanyi bersama mereka. Setelah selesai, mereka tunjuk hormot 90' pada VIP terutama G-Dragon & Daesung yg beberapa kali tunduk hormat 90' pada VIP. Seungri & Daesung kata "Malaysia Bagus."
Untuk encore - mereka nyanyikan lagu Heaven, Bad Boy & Fantastic Baby. Konsert nie sungguh HEBAT dalam hidup saya. Jika mereka datang ke Malaysia lagi untuk konsert, saya sudah tentu akan pergi lagi konsert mereka & kali ini saya akan cuba dapatkan tiket VIP. (^_^)

You May Also Like

0 comments