[Beauty] Tip Kecantikkan Asas Dari Korea
Banyakkan?? (^_^)
Ini adalah antara produk kecantikkan dari Korea yang telah saya gunakan selama 9 bulan sehingga sekarang. Antara jenama kecontikkan dari Korea yang saya gunakan selama ini adalah dari The Face Shop dan Nature Republic. Saya juga the menjadi ahli kepada The Face Shop dan Nature Republic untuk mendapatkan diskaun semasa membeli barangan ini.
Mari saya beritahu sedikit tip asas untuk menjadikan wajah kita cantik secara semula jadi seperti artis Korea.. (^_^)
Sebelum itu, saya beritahu dahulu tentang jenis kulit muka saya. Kulit muka saya jenis yang berminyak di kawasan "T" zone iaitu di bahagian dahi dan hidung. Tetapi di kawasan "U" zone iaitu di bahagian pipi dan dagu, sedikit kering. Jika kawan-kawan mempunyai jenis kulit muka seperti saya, boleh cuba amalkan beberapa tip yang saya akan beritahu ini.
1. Semasa kita mengunakan solekkan pada wajah kita - kita harus bersihkan dahulu solekkan pada wajah kita sebelum kita mencuci muka kita dengan pencuci muka. Saya mengunakan The Face Shop Rice Water Bright Rice Cleansing Water untuk membersihkan solekkan pada wajah secara mendalam.
2. Besihkan wajah kita dengan sebaik mungkin semasa kita menggunka pencuci muka. Saya mengunakan The Face Shop Charcoal Phyto Powder in Cleansing Form untuk membersihkan muka saya secara mendalam dari kekotoran dan bintik hitam.
3. Jika mengunakan produk seperti Essence, Lotion, Moisture Cream, dan Sun Block - sapu dahulu di kawasan "U" zone iaitu di bahagian pipi dan dagu kerana kawasan ini sedikit kering daripada kawasan "T" zone iaitu di bahagian dahi dan hidung. Ini adalah untuk kurangkan wajah kita kelihatan berminyak di kawasan "T" zone dan juga untuk seimbangkan kelembapan di dalam kulit wajah kita. Kemudian lebihannya kita baru sapu di kawasan "T" zone.
P/S: Sebelum kita sapu cream di muka kita - sila letakkan dahulu di belakang tapak tangan kita supaya kita tahu quantiti untuk disapu pada wajah kita. Kita hanya perlukan sedikit pada wajah kita, tidak perlu sapu berlebihan.
4. Jika ada yang mengunakan produk dari Korea seperti saya ini. Saya sentiasa mengikut langkah-langkah produk Korea ini supaya hasilnya baik.
A) Cleanser - The Face Shop Charcoal Phyto Powder in Cleansing Form.
B) Boosting Essence - The Face Shop Chia Seed Boosting Essence (Essence Before Toner)
C) Toner - The Face Shop E'thym O2 Water Balacing Toner
D) Essence - The Face Shop E'thym O2 Water Recharge Essence (Essence After Toner)
E) Eye Cream - The Face Shop Raspberry Roots Depuffing Eye Gel
F) Lotion - The Face Shop Chia Seed Watery Lotion
G) Sun Bolck - The Face Shop Natural Sun Oil-Cut Sun Cream SPF 40 PA++ (Super Antioxidant Acaiberry)
H) Baby Cream or Foundation Cream - The Face Shop Face it Aqua Tinted BB Cream SPF 20 PA++ Natural Beige
I) Bedak Muka - The Face Shop Face it Oil Cut Powder Pact
P/S: Langkah D, F dan G - sapu dahulu di kawasan "U" zone kemudian lebihan cream pada belakang tapak tangan, baru sapu di kawasan "T" zone. Apabila selesai sapu pada muka kita, sila amalkan tepuk pelahan pada wajah kita supaya ia dapat diserap oleh kulit wajah dengan baik.
Banyak langkah?? Ya, ini adalah langkah-langkah yang saya amalkan setiap hari untuk kulit wajah saya kelihatan cantik secara semula jadi walaupun tanpa solekkan yang tebal seperti artis Korea lakukan.
Ini boleh diamalkan walaupun bukan mengunakan produk dari Korea kerana cara kita mengunakan sesuatu produk itu sangat penting.
Kebanyakkan produk Korea ini saya banyak mengunakan dari The Face Shop tetapi jika mask muka saya akan gunakan dari Natura Republic. Jika ditanya tentang harga produk yang saya gunakan ini, ia mungkin mahal sedikit tetapi saya boleh mengunakan sesuatu produk dalam jangka masa yang lama iaitu antara 3-4 bulan untuk habiskan kerana saya hanya menggunakan sedikit saja. Kita hanya perlukan sedikit saja cream untuk disapukan pada wajah kita dan itu sudah memandai pada kulit wajah kita.
Selamat mencuba.. dan lihat hasinya nanti... (^_^)
0 comments